Sunday, May 3, 2009

Food Guide Pyramid

Pemakanan secara sihat adalah berasaskan kepada 3 prinsip asas iaitu keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam pemilihan makanan. Piramid Makanan adalah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ianya terdiri daripada lima jenis kumpulan makanan yang dibahagikan kepada empat aras. Kuantiti makanan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan yang paling bawah piramid dan paling sedikit dari bahagian atas piramid. Ini adalah kerana kandungan kalori kumpulan makanan adalah semakin meningkat pada peringkat atas.

Mengikut panduan Piramid Makanan dalam Gambar Rajah 1 pengambilan makanan bagi setiap kumpulan makanan adalah semakin berkurang pada setiap aras, iaitu 8 - 12 sajian atau hidangan pada aras paling bawah. Manakala aras kedua dari bawah iaitu kumpulan makanan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil 3 - 5 sajian dalam satu hari. Terdapat dua kumpulan makanan pada aras ketiga dari bawah iaitu susu dan produk tenusu (1 - 2 sajian) manakala kumpulan yang satu lagi pula terdiri daripada ikan, daging, ayam, itik dan kekacang (2 – 3 sajian). Peringkat yang paling atas dalam Piramid Makanan adalah lemak, minyak, gula dan garam. Kumpulan makanan ini hanya perlu diambil sedikit sebagai penambah perisa pada makanan. Manakala saiz sajian atau hidangan merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

No comments:

Post a Comment